TAJUK 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENGENALAN

Pengurusan alam pembelajaran di sekolah yang cekap adalah sangat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan alam pembelajaran. 

Guru perlu menguruskan dan merancang sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran supaya sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dan memanfaatkan masa yang diperuntukkan sebaik mungkin. 

Menurut Mok Soon Sang (2011), pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya agar objektif yang ditetapkan tercapai. 

Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru disiplin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).




PROSES SEBELUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN

Persediaan Pengurusan Alam Pembelajaran


PROSES SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN

Cabaran dan Permasalahan yang Dihadapi oleh Guru 

Peranan dan Aksi Guru Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Dilaksanakan

Isu-isu yang berlaku di sekolah


PROSES SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN

Refleksi Guru Selepas Pengajaran dan Pembelajaran Dilaksanakan





ANALISIS SWOT


RUMUSAN

Pengurusan alam pembelajaran yang cekap dan efektif adalah merupakan kunci utama dalam keberhasilan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Setiap langkah yang diambil memerlukan perancangan yang strategik terlebih dahulu untuk memudahkan keberhasilan objektif pdp dicapai. Langkah-langkah yang dilaksanakan perlu dipantau dan dinilai dari semasa ke semasa untuk mengetahui tahap pencapaian dan keberhasilan sesuatu perancangan. 

Oleh itu, setiap perancangan pengurusan alam pembelajaran meliputi aspek sebelum, semasa dan selepas pdp perlu berfungsi dan bergerak sepenuhnya untuk mencapai matlamat atau objektif sasaran. Sekiranya salah satu komponen tidak berfungsi ianya boleh meruntuhkan kualiti pengurusan alam pembelajaran dan mengakibatkan kegagalan untuk mencapai objektif sasaran.


RUJUKAN

Foziana Jamaludin Mohamed. Yusoff Mohd Nor & Mohd Izham Mohd Hamzah (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah. Jilid 2 (1): 1-12

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran. Kuala Lumpur. BS Print (M) Sdn. Bhd.


Muhammad Faizal A. Ghani,Norfariza Mohd Radzi,Simin Ghavifekr,Husaina Banu Kenayatullah. April 2014. Pengurusan Disiplin Murid di Sekolah Kawasan Bandar dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah.Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. https://jupidi.um.edu.my/article/view/8282/5746

Wong W.S, K Maisah Osman. Jilid ke-3,2018.Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21.

Comments

Popular Posts